Wednesday, 24 June 2009
Shopping with ct nani
Posted by babycutie at 09:29 0 comments
Saturday, 20 June 2009
Kemahuan dan Keperluan (Wants and Needs)
Setiap manusia tidak dapat lari daripada kedua-dua perkara ini. Kebanyakan orang pasti ada keperluan, sesuatu yang mesti dimiliki oleh mereka demi untuk hidup. Apa yang manusia perlu?? makan, pakaian, tempat tinggal (rumah) dan ada diantaranya pasangan hidup. Namun setelah semua ini telah dipenuhi..manusia kemudiannya beralih kepada kemahuan (wants) pula..Bagi saya ini boleh dikatakan sebagai nafsu.
Menurut Islam, manusia mempunyai ada beberapa tingkat nafsu. Memang tidak dinafikan, jika disebut nafsu ini mesti ada kaitannya dengan syaitan kn..Manusia seringkali memenuhi nafsunya dengan membeli barangan yang sebenarnya mereka sudah ada, semua hendak dibeli, tengok orang lain ada kereta baru, dia pun mahu kereta baru, ada jualan murah di pasaraya-pasaraya semua hendak dibeli maklumlah inilah sahaja kesempatan yang ada untuk membelinya dengan murah, walhal semua sudah ada di rumahnya. Apabila tiba bulan Ramadhan pula, nafsu semakin menjadi-jadi jika datang kepada makanan, walaupun pada bulan Ramadhan itu dikatakan Syaitan diikat dan dibelenggu..Apabila saja datang ke gerai Ramadhan, wah duit $10 pasti tidak cukup. Tetapi sewaktu berbuka hanya satu jenis makanan sahaja yang sanggup di makan..manusia..manusia..Itulah serba sedikit bingkisan mengenai kemahuan dan keperluan manusia.
Saya tidak menafikan, manusia mana juga yang dapat mengelakkan semua ini, namun apa yang dapat kita lakukan saja ialah untuk cuba mengawal perkara ini daripada berlaku. Ingatlah bahawa pembaziran itu merupakan amalan syaitan..Wallahua'lam Bissawab...
Posted by babycutie at 06:24 0 comments
Tuesday, 16 June 2009
KENAPA PENTASAQUA?
Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..Ini permulaan bagi segala-galanya dan buat setakat ini.. PentasAqua adalah cetusan ilham dari gabungan pentas iaitu kehidupan kita ini ibarat kita berada di sebuah pentas lakonan, pentas itu ialah dunia iaitu tempat kehidupan..manakala Aqua itu merupakan zodiak saya..
Maaf jika tidak ter-update. Buat sementara waktu..sila lawati blog ini..sama saja http://bekarih.blogspot.com/
Posted by babycutie at 08:03 0 comments

